Professor Termuda Dunia



Tahukah anda siapa wanita istimewa dan Cantik di atas ini. Dengan nama Alia Sabur yang lahir pada 22/02/1989 dan kini berusia 22 tahun. Alia menerima gelaran daripada Guiness World Record sebagai Professor Termuda di Dunia. Kini dia mengajar di Konkuk University of Korea Selatan.
Keistimewaannya tempoh pembelajarannya sangat pendek, dari darjah 4 sekolah rendah,gadis ini terus masuk ke universiti,dan lulus BA dari Universiti Stony Brook di New York ketika dia baru berusia 14 tahun. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Universiti Drexel dan dia mendapatkan gelaran master of science dan PhD. Pada usia 19 tahun dia menjadi pensyarah di Universiti Konkuk Seoul. Dia memecahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Colin MacLaurin, pelajar Isaac Newton (tentu anda kenal) , pada tahun 1717.
Alia tidak hanya cemerlang di bidang akademi, dia juga membuat persembahan dengan bermain klarinet bersama Rockland Symphony Orchestra pada usia 11 tahun dan mendapat pelbagai penghargaan. Alia juga pemegang Seni bela diri tali pinggang hitam aliran Tae Kwon Do.


No comments:

Post a Comment