Bab yang melibatkan genius ini best di baca, so saya fikirkan nak share di blog sebagai informasi semua,,,,tp kita perlu sedar tiap manusia yang di cipta adalah genius yang membezakannya bagaimana kita menghargai manfaat yang di anugerahkan untuk kita. Lihat saja bagaimana milionaire dunia sampai lepaskan pendidikan untuk kejar kekayaan, ni kira genius yang pandai menggunakan manfaat yang ada,,,so renungkanlah,,jgn la marah anak kita kalu la "st**d" because ada klebihan yang ada pada mereka,,,
Kim Ung-Yong : Manusia Dengan IQ Tertinggi di Dunia
Lahir pada tahun 1962, kanak dari Korea ini diiktiraf sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan Pada umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca perkataan Jepun, Korea,Jerman dan Inggris.Pada umur 5 tahun dia mampu memecahkan masalah kalkulus.Dia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.
Gregory Smith : Mendapat Penghargaan Nobel Pada Usia 12 tahun
Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada Hadiah Nobel Keamanan. Berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates iaitu komuniti Orang muda seluruh dunia.
Akrit Jaswal : Dokter Bedah berusia 7 tahun
Dengan gelaran “budak terpandai di dunia” di beri pada Akrit Jaswal, seorang kanak dari India.Dia mengejutkan orang awam, ketika pada umur 7 tahun kerana melakukan pembedahan pada seorang gadis di tempatnya. Gadis itu menderita luka bakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan jaswal pun melakukan pembedahan hingga jari-jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. Kini dia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia dan untuk pengetahuan dia diterima di Universiti pada usia 11 tahun.
Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu
Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia adalah pencatat sejarah di Industri muzik sebagai seorang penyanyi,dengan albumnya tahun 2006 La vĂ¢rsta de trei ani (“pada usia 3″). Dia mencatat rekod seorang artis cilik yang muncul di atas pentas dengan ribuan penggemarnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit.
Aelita Andre : Pelukis berusia 2 tahun
Kanak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun namun sudah menunjukkan bakat sebagai Genius, dia memiliki sebuah gudang pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya. Pada mulanya Mark Jamieson, Pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy, tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre. dan dia mahu Aelite Andre bergabung dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, dia terkejut sebenarnya Aelita adalah kanak yang masih berumur 22 bulan.
6Saul Aaron Kripke : Pensyarah Havard ketika masih di Sekolah Menengah
Lahir di New York dan membesar di Omaha di 1940. Genius ini, ketika darjah empat dia sudah menguasai matematik dan falsafah. Ketika Sekolah Menengah dia memperolehi surat tawaran kerja dari Harvard sebagai pensyarah, namun ibunya mahu anaknya menamatkan persekolahannya terlebih dahulu.Kripke dihadiahkan Schock Prize, Nobel Falsafah. Dinobatkan sebagai ahli falsafah terbesar dalam sejarah.
Michael Kevin Keaulus
Kevin lahir pada tahun 1984, dia tamat belajar di University pada umur 10 tahun dan tercatat sebagai sarjana termuda. dia mengajar universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin popular ketika dia memenangi sebuah quiz online. Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett/aol perebutan Gold Rush, permainan menguji minda/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di permainan online tersebut.
Willie Mosconi : Pemain Billiard Professional pada usia 6 tahun
Mendapat gelaran “Tuan Pocket Billiards”. Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain, dia sering bermain dengan penyapu milik ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya, dia sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya.Antara tahun 1941 dan 1957, dia memenangi BCA World Championship selama 15 kali tanpa pernah kalah sekalipun.Dia membuat berbagai macam trik, membuat banyak rekod, dan membuat billyard menjadi olahraga yang terkenal.
Elaina Smith : Penyiar Radio berusia 7 tahun
Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan hubungan dengan kekasih, Bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis dan banyak lagi yang lainnya.
No comments:
Post a Comment