5. Bank of New York (Bank of New York Mellon) nama barunya -US Wujud pada 1784
Kisahnya bermula Alexander Hamilton,seorang penguam dihormati pada waktu itu,membuka institusi bank dan memimpin Bank of New York selama lapan tahun kemudian,ia adalah perusahaan pertama yang akan diperdagangkan secara awam ketika New York Stock Exchange dibuka pada tahun 1792. Kemudian Mellon Financial Corporation bergabung dengan Bank di New York pada tahun 2007 menjadi Bank of New York Mellon.
4. Bank of Scotland (sekarang Halifax Bank of Scotland) Edinburgh-Scotland,Didirikan 1695.
Walaupun konsep matawang dan catatan bank tidak terlalu baru bagi Scotlandia pada abad ke-17, Namun Bank of Scotland adalah yang pertama mencetak matawang kertas sendiri. Lebih menarik ia di dirikan untuk membantu perniagaan dan tidak seperti Bank of England lebih kepada perbelanjaan ketenteraan.
Bank of Scotland bergabung dengan Bank Halifax menjadi HBOS pada tahun 2001.
3. C.Hoare & Co,London-Inggeris ~Wujud 1672.
Bank ini sehingga sekarang masih di miliki sepenuhnya oleh keluarga dan keturunan Sir Richard Hoare.
2. Berenberg Bank,Hamburg-Jerman , Wujud pada 1590.
Di bina pada 1590 oleh dua beradik iaitu Hans dan Paul Berenberg yang mana pada asalnya mereka ini menjalankan perniagaan kain bagi import dan eskport (xpasti la kain mcm mana) . Kewujudan bank ini pada zaman kemakmuran Hamburg Jerman. Sehingga kini bank ini bank tertua di Jerman dan cawangan wujud di seluruh eropah.
1.Banca Monte dei Paschi,Siena-Itali,Wujud pada 1472.
Awalnya dibentuk sebagai Monte di Pieta atau Monte Pio,untuk memberikan pinjaman kepada orang miskin."Monte," yang bermaksud "tumpukan" mengacu pada koleksi wang yang digunakan untuk amal,dan bank benar-benar berfungsi untuk manfaat ekonomi bandar. Sepertimana keadaan yang di gunakan oleh Caramen Bank di Bangladesh yang hangat dan di pelopori oleh Prof Dr Yunus cuma ada la beza sedikit tidak perlu di ulas lebih kerana searching di Mr google ada juga Caramen Bank. :P
Salah satu catatan sejarah yang menarik adalah bahwa penduduk Siena menggunakan tanah sebagai jaminan terhadap pinjaman untuk pertanian dan pembangunan bandar,yang menyebabkan hal itu dirujuk sebagai 'Monte dei Paschi'.Hari ini berdiri sebagai bank tertua yang ada di dunia dan tetap menjadi bank terhormat yang memiliki cawangan di seluruh Itali.
No comments:
Post a Comment